Wednesday 13 July 2011

BAB 1

" Kringgggg..."
Darin mencapai jam loncengnya, dalam kepayahan dia membuka matanya memandang ke arah jam kecil itu. Pukul 6.00 pagi. Darin meletakan kembali jam itu di sebelah katilnya. Matanya terkebil-kebil menahan ngantuk. Dia memaksa dirinya untuk bangun, kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia menarik selimutnya yang lembut itu. Darin mencapai tuala yang tergantung di almari bajunya, dengan malas dia menuju ke bilik air. Setelah selesai mandi Darin mencapai telekungnya untuk bersolat.
Selesai bersolat dia memakai kebaya moden berwarna ungu muda, dikenakan sedikit solekan pada mukanya. Dia tersenyum sendiri menampakan lesung pipit di kedua belah pipinya. Darin sudah bersedia untuk menghadiri temuduganya yang pertama setelah menamatkan pengajiannya di dalam bidang kesetiausahaan. Dia melangkah ke bawah menuruni anak tangga.
"Wah cantiknya cik Darin kita nie" suara itu memeranjatkannya.Darin ternampak Alis sedang menuangkan air ke dalam cawan. Darin senyum memandang kawan baiknya sedang menyiapkan sarapan. Awal betul dia bangun, bisik Darin.
" buat apa bangun awal-awal nie, kata tak kerje hari nie?" Darin menarik kerusi dan duduk di sebelah Alis yang sedang sibuk menyapu krim di atas roti bakarnya. Alis memandang Darin lalu menghulurkan roti bakar itu pada Darin.
"Aku nak hantar ko pergi interview hari nie, aku nak tengok tempat kerje ko tu. Lagipun ko bukan tau sangat jalan kat K.L nie" Alis menghirup air coklat panasnya.
"Ye ke ko nak hantar? Thanks beb! ko nie baik hati sangat lah." Darin memeluk bahu Alis dengan lembut. Darin tahu Alis kawan yang baik semenjak di Univesiti dulu, dia tak pernah menghampakannya. Alis anak orang berada tapi jenis yang merendah diri.
" No problem." Alis tersenyum.

Friday 1 July 2011

My Blog Novel

Hey, guys..just want to share that i will make my novel blog. Suka2 je...dah lama xa mengarang cerita nak tengok masih ader lagi tak idea2 macam masa dulu. Novel2 dulu x der publish pun cuma tulis dalam buku je.....siapa yang baca tentulah orang2 yang tau saja...he3x bukan penulis betul pun. Just nak kongsi imiginasi aku kat sapa2 yang baca.
Ok, so start from tomorrow i will start my journey to fantasy and i hope who ever read it will enjoy all the story. Kalo ader tersalah ejaan @ ayat, mintak maaf awal2 ye....

"Cerita ini tidak ada kene mengena dengan sesiapa yang hidup @ yang sudah meninggal dunia. Ia juga tidak menciplak mana2 novel yang sedia ada. Ianya hanyalah imiginasi penulis semata-mata. Jika ada ianya hanya kebetulan semata-mata"

Cintaqasih mempersembahkan....
.
" CINTA ANTARA KAU DAN DIA "